Assalamualaikum guys.. again, i'm here. Tapi kali ni nak story pasal sad story la pulak. adoi, aku ingat aku dah temui life pertner yg betul-betul boleh jaga aku. But, sekali lagi aku melalui episod yg tak best dalam hidup aku. Sekali lagi ujian melanda hubungan aku dgn dia. Mungkin jugak silap aku. Or mungkin jugak silap dia or kami same-same silap. Masuk arini, dah hampir seminggu dia menyepikan diri. No text, apatah lagi call.
Aku betul-betul tak faham lah. Sebelum ni aku ade merajuk dengan dia. Aku diamkan diri. Aku langsung tak reply text dia. Aku kalau marah or merajuk, aku akan diam. Entah kenapa aku betul-betul terasa dengan dia tau. Apa yg aku buat, semua salah. Ada je benda dia nak tegur aku. tapi lama mana sangat la aku boleh merajuk, hati perempuan ni cepat sejuk. Pastu aku start cuti sem. Aku pegi la umah mak bapak dia. Dengan niat nak ziarah ayah dia yg kurang sihat. Seminggu jugak la aku kat sana. Tapi dia sibuk keje. Takde mase langsung nak datang jumpa aku. Tu aku tak kesah lah. Aku tak berniat pun nak ganggu keje dia.
Then,time aku nak balik pun, dia tak dapat anta. Tipu la kalau aku tak terasa kan tapi aku cuba fikir positif. aku cuba faham situasi dia yg keje dia tu tak bole tinggal. kena stand by 24 jam. it's okey. tapi aku sikit terkilan, pas aku balik perak, dia dah lain dengan aku. aku terkejut tengok fesbuk dia. dia buat relationship single. gambar-gambar aku dengan dia, semua delete. ape kes kan? alasan dia, dia buat tu mase dia tengah marah kat aku sbb aku diam tak reply text dia dulu. Kejap, dia tu betul-betul pelik lah. dia kenal aku bukan sehari dua. takkan la dia tak faham kalau aku diamtu tanda aku ade masalah la dengan dia. bukan saje-saje aku nak diamkan diri.
Sbnarnya niat aku, nak main angin dia je. aku nak tengok sejauh mana keras hati dia. tapi aku tak tahu pulak masa tu ayah dia pun sakit. nobody tell me bout that. lagi lah aku terkilan gila. tapi jenis aku, aku mudah sangat maafkan orang. walaupun hati aku ni sakit membengkak, tapi bila diberi penjelasan yg logik, aku mudah faham. tapi kali ni, aku tak tahu mana la silapnya. fesbuk aku pun dia dah unfriend. text aku 1 pun tak nak reply. buntu aku dibuatnya. seandainya dia tahu, perbuatan dia ni teramat la melukai hati aku. kalau aku tak sayang dia, tak rindu dia, aku tak kisah. masalahnya, orang macam ni jugak la yg aku sayang. hmm. sakitnye tuhan je yg tahu. aku bg tempoh kat dia sebulan je, kalau dia still buat aku ni macam tak wujud, aku akan putuskan saja hubungan ni. mungkin aku patut fokus pada cita-cita aku je pasni. sebab aku bukan mudah jatuh cinta, hati ni susah sangat nak terima kehadiran insan lain. bukan memilih tapi itulah aku.
Hanya pada Tuhan tempat aku mengadu.. Mungkin dia adalah salah seorang insan yg silih berganti datang dalam life aku. Aku mohon pada Ilahi, jika dia jodohku maka tetapkanlah hati ini. Jika bukan, bubarkan lah perhubungan ini dengan baik. Aku bukan gadis yg tabah, yg kuat untuk menerima permainan hati dan perasaan macam ni. untuk menghilangkan rasa rindu, aku perlu berfikiran positif. Untuk menerima kehadiran insan lain, mungkin akan mengambil masa yg agak lama. Aku serahkan jiwa raga ini hanya pada-Nya.
Moral of the story, janganlah menyerahkan 100% perasaan sayang cinta dan kasih itu hanya sesama manusia kerana yg selayaknya disintai sepenuh hati hanya Allah dan rasul. Apa yg hidup di muka bumi ini takkan kekal lama. Renung-renungkan. Take note. Take care guys! :)
No comments:
Post a Comment